RSS

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4-MINI KT (KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL & OPERASIONAL KAJIAN)

KAEDAH PERMAINAN

Definisi
Strategi main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Melalui kaedah ini pelajar akan mencari pengetahuan dengan keadah permainan.

Ciri-ciri

• Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah manupulatif, fizikal dan permainan bahasa.
• Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
• Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani dimana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan dan kemahiran fizikal.
• Permainan bahasa dimana aktiviti bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.

Kebaikan

  • Merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.
  • Mengembangkan daya imaginasi untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan selesa
  • Mewujudkan situasi sosial yang sihat bg membolehkan murid berinteraksi dgn rakan sebaya
  • Mendorong minat murid untuk bekerjasama bagi menjayakan tugas yang diberi
  • Menggalakan self-development pada diri pelajar.
  • Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan lebih yakin.
  • Mengurangkan masalah disiplin atau gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norasmah Hj. Othman, Zaidatol Akmaliah, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani Ahmad Tarmizi menyatakan hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar iaitu melalui kaedah permainan sangat berkesan dan menampakkan perubahan positif dari segi sikap, kemahiran, pemahaman dan ilmu pengetahuan pelajar. Ia disokong dengan adanya Model Kolb, dimana gaya belajar model Kolb ialah gaya belajar yang melibatkan pengalaman baru pelajar, mengembangkan observasi/merefleksi, menciptakan konsep, dan menggunakan teori untuk memecahkan masalah.

0 comments:

Post a Comment