RSS

Thursday, December 17, 2009

ULASAN BUKU: PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

ACTION RESEARCH IN TEACHING & LEARNING by LIN S.NORTON


Didalam buku ini penulis telah menggunakan proses yang sama tetapi pendekatan yang berbeza bagi menyelesaikan satu isu/ masalah yang sama.

Pendekatan tersebut ialah secara kualitatif melalui model interpretivis dan secara eksperimen melalui model positivis.

a) Model interpretivis

1. Pengenalpastian masalah (I)

2. Pencarian jalan penyelesaian (T)

- Penulis menggunakan borang maklum balas (questionnaire) yang diedarkan kepada reponden dan menjalankan temu bual.

3. Pelaksanaan (D)

- Menjalankan temu bual tidak berstruktur (unstructured interview) dengan responden untuk mendapatkan gambaran perspektif responden yang lebih luas tentang isu yang diutarakan berbanding temubual bersruktur dan semistruktur.

4. Penilaian (E)

- Menggunakan kaedah ‘content analysis’ yang menggabungkan kedua-dua analisis secara kualitatif dan kuantitatif.

- Mengklasifikasikan hasil dapatan termubual mengikut tema tertentu

berdasarkan prinsip analisis bertema (principles of thematic analysis).


5. Pengubahsuaian amalan (M)


b) Model positivis

1. Pengenalpastian masalah (I)

2. Pencarian jalan penyelesaian (T)

- Penulis menggunakan kajian intervensi untuk menguji hipotesis

- Kajian intervensi melibatkan pembolehubah bersandar (intervensi) dan pembolehubah tak bersandar.

- Memerlukan penyelidik mengawal faktor-faktor luaran bagi memastikan persekitaran kumpulan kawalan dan kajian adalah sama.

3. Pelaksanaan (D)

- Memberi intervensi kepada kumpulan kajian

4. Penilaian (E)

- Membandingkan hasil dapatan antara kumpulan kajian dan kumpulan

Kawalan

5. Pengubahsuaian amalan (M)


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Pengumpulan data

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan unuk mengumpul data. Pemilihan kaedah ini bergantung kepada objektif/ tujuan kajian dijalankan.

a) Borang maklum balas yang mengandungi set soalan (questionnaire)

– Eg: Learning objectives questionnaire

b) Temubual

c) Senarai semak (eg: essay feedback checklist)

Teknik analisis

Pemilihan teknik analisis bergantung kepada jenis data yang dikumpul samada kualitatif atau kuantitatif seperti mana yang digambarkan oleh penulis didalam buku ini.

1. Data kualitatif

Didalam buku ini, penulis menekankan dua jenis analisis kualitatif iaitu analisis menggunakan tema (thematic analysis) dan analisis keatas kandungan teks/ visual (content analysis).

Analisis menggunakan tema ( Thematic analysis )

Analisis ini melibatkan 7 peringkat iaitu:

i. Peringkat 1: Immersion

Menumpukan perhatian penuh terhadap pembacaan transkrip (data) dan catat tema umum tanpa mengambil kira perkaitan dengan persoalan kajian.

ii. Peringkat 2: Generating categories

Membaca teks dengan teliti untuk mengkategorikan setiap maklumat

iii. Peringkat 3: Deleting categories

Menghilang/ menggugurkan kategori-kategori yang tidak berkaitan

dengan persoalan kajian

iv. Peringkat 4: Merging categories

Menggabungkan beberapa kategori yang berkait menjadi satu tema.

v. Peringkat 5: Checking themes

Baca semula teks/ transkrip berkait dengan tema dan baiki jika perlu

vi. Peringkat 6: Linking themes

Mengaitkan satu tema dengan tema yang lain berdasarkan data (transkrip) yang diperoleh.

vii. Peringkat 7: Presenting your findings

Membentangkan tema utama kajian dan ulas secara keseluruhan

bagaimana tema-tema berkait antara satu sama lain.


Analisis tekstual (Content analysis)

Analisis ini membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam tentang isu yang dikaji.

Terdapat 5 peringkat yang terlibat:

i. Peringkat 1: Tentukan unit analisis

Unit analisis boleh menggunakan perkataan/ frasa/ ayat/ perenggan

tertentu. Ianya ditentukan berdasarkan kepada persoalan kajian.

ii. Peringkat 2: Memecahkan transkrip kepada unit analisis

iii. Peringkat 3: Membina kategori

iv. Peringkat 4: Menandakan unit analisis kepada kategori (pengkodan)

Setiap unit maklumat akan dikelaskan mengikut kategori yang telah

ditetapkan. Setiap unit maklumat dalam satu kategori tidak boleh bertindih dengan kategori yang lain.

v. Peringkat 5: Mengira peratusan unit dalam setiap kategori

Analisis juga boleh dilakukan dengan:

a) Menentukan teori/ hipotesis daripada data yang dikumpul (grounded theory)

b) Mencari makna tersirat didalam ucapan/ teks (discourse analysis)

c) Analisis keatas petunjuk seperti perkataan, gambar, bahasa badan dan sebagainya

(semiotics)

d) Pemahaman keatas perspektif/ pandangan dan pengalaman seseorang individu

(interpretative phenomenological experience)

Didalam buku ini, penulis menekankan kepada tiga bentuk sahaja iaitu:

  • Ujian untuk penentuan korelasi iaitu menentukan hubungkait diantara dapatan kajian
  • Ujian pembezaan dalam min
  • Ujian ketepatan/ kepadanan (Test of goodness of fit) bagi menentukan ketepatan dapatan kajian dengan jangkaan.

TUGASAN KELAS: NOTA

PENGUMPULAN DAN PENGANALISAN DATA

Pengumpulan Data

Pengumpulan data sangat penting dan diperlukan dalam kajian tindakan bagi memperolehi data. Pengumpulan data terbahagi kepada dua iaitu secara kualitatif atau kuantitatif.

Data kualitatif
• Pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru/pensyarah/penyelidik untuk memperolehi data. Teknik manakah yang sesuai bergantung kepada tujuan, situasi dan kemahiran penyelidik.
• Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak langsung tentang pengalaman, pendapat, perasaan, dan pengetahuan yang diperoleh melalui temu bual; perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku dan tindakan yang direkodkan melalui pemerhatian; dan petikan, kutipan atau keseluruhan perenggan yang diambil daripada pelbagai jenis dokumen.
• Kajian kualitatif digunakan kerana boleh membongkar dan memberi pemahaman apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin, 1990)
• MenurutMarshall dan Rosman (1989) data secara kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci dan mendalam
• Tiga teknik yang lazimnya digunakan oleh para penyelidik kajian kualitatif ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen (Fraenkel & Wallen 1993; Bogdan & Biklen 1998; Merriam 2001).
• Selain itu pengumpulan data kualitaif boleh dilakukan dengan teknik jurnal, portfolio, buku log dan senarai semak.

Data Kuantitatif
• Merujuk kepada Berg (2004),‘kajian kuantitatif merujuk untuk kiraan dan ukuran tentang sesuatu. Berbeza dengan, penyelidikan kualitatif merujuk untuk makna-makna,konsep-konsep, takrif-takrif, ciri-ciri, metafora, simbol-simbol,dan huraian-huraian tentang sesuatu’
• Contohnya melalui pengagihan borang soal selidik
• Dapat menghasilkan dapatan kajian yang 'valid' dan 'reliable' kerana penggunaan kaedah kuantitatif ini dapat membuktikan kesahihan yang kukuh dengan menggunakan angka iaitu hasil daripada analisis
• Membantu dalam mendapatkan perbandingan.
• Bertujuan untuk mengumpulkan maklumat daripada sampel dalam kuantiti yang besar bagi mendapatkan kesimpulan bagi satu kumpulan yang besar

Faktor-faktor penggunaan data kuantitatif dan kualitatif
• Untuk membuat ukuran
• Untuk mengenal pasti fenomena yang relevan
• Untuk menghuraikan data kuantitatif
• Untuk menghuraikan data kulitatif
• Untuk mendapatkan persamaan nilai daripada kedua jenis data

Penganalisan Data
Analisis melibatkan proses pemecahan data jatuh kepada unit-unit lebih kecil untuk menonjolkan ciri-ciri unsur biasa mereka dan berstruktur (Dey, 1993: 30). Huraian-huraian boleh meletakkan asas untuk analisis, tetapi kita perlu melampaui batas huraian: kami hendak mentafsirkan, untuk memahami dan bagi menerangkan. Melalui analisis, bagaimanapun, kami boleh juga mendapat pemahaman-pemahaman baru kepada data yang kita perolehi.

Terdapat tiga prosedur untuk mengenal pasti kelas-kelas dan kategori-kategori:

1. Kelas-kelas biasa
mengandungi kategori-kategori dalam pemikiran harian seperti umur dan jantina
2. Kelas-kelas umum
menghubungkan atau persatuan-persatuan penemuan antara data dan penting demografi ciri-ciri.
3. Kelas-kelas khas
mengandungi jenis label-label kumpulan-kumpulan tertentu atau kaum-kaum menggunakan bagi membezakan di kalangan benda-benda, orang atau peristiwa. Ini boleh merangkumi jenis-jenis pakar bahasa (termasuk slanga, penggunaan akronim, syarat-syarat profesional pakar, dan sebagainya.).
4. Kelas-kelas teoretis
kelas-kelas itu yang timbul dalam proses menganalisis data, menyediakan kunci penghubung dan pola-pola. Kerana Flick (1998) menunjukkan, bagaimanapun, kategori-kategori ini adalah diri mereka sering berasal daripada model teori.

Kesimpulan

Untuk membolehkan guru/pensyarah/penyelidik membuat analisis serta memperolehi kefahaman baru tentang sesuatu isu dalam pendidikan, cukup data yang relecan perlu diperolehi daripada sumber-sumber berkaitan. Untuk tujuan tersebut, pelbagai teknik boleh digunakan. Setiap teknik yang diperkenalkan di sini mempunyai kelebihan serta kekurangannya. Oleh itu, penyelidik perlulah memilih teknik yang sesuai mengikut konteks berkenaan.

Friday, December 4, 2009

Action Research In Teaching&Learning

Check out this SlideShare Presentation:

AKTIVITI 13: TUGASAN 4-MINI KT (KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL & OPERASIONAL KAJIAN)

KAEDAH PERMAINAN

Definisi
Strategi main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Melalui kaedah ini pelajar akan mencari pengetahuan dengan keadah permainan.

Ciri-ciri

• Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah manupulatif, fizikal dan permainan bahasa.
• Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
• Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani dimana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan dan kemahiran fizikal.
• Permainan bahasa dimana aktiviti bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.

Kebaikan

  • Merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.
  • Mengembangkan daya imaginasi untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan selesa
  • Mewujudkan situasi sosial yang sihat bg membolehkan murid berinteraksi dgn rakan sebaya
  • Mendorong minat murid untuk bekerjasama bagi menjayakan tugas yang diberi
  • Menggalakan self-development pada diri pelajar.
  • Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan lebih yakin.
  • Mengurangkan masalah disiplin atau gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norasmah Hj. Othman, Zaidatol Akmaliah, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani Ahmad Tarmizi menyatakan hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar iaitu melalui kaedah permainan sangat berkesan dan menampakkan perubahan positif dari segi sikap, kemahiran, pemahaman dan ilmu pengetahuan pelajar. Ia disokong dengan adanya Model Kolb, dimana gaya belajar model Kolb ialah gaya belajar yang melibatkan pengalaman baru pelajar, mengembangkan observasi/merefleksi, menciptakan konsep, dan menggunakan teori untuk memecahkan masalah.

AKTIVITI 12: TUGASAN-PEMURNIAN KT

Tujuan kajian tindakan tentang kaedah permainan:


Pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian penting kerana dapat membantu tahap pemahaman pelajar dalam matapelajaran tersebut dan juga menarik perhatian pelajar. Apa yang boleh dilihat pada masa sekarang, kaedah pengajaran berpusatkan kepada guru di mana pelajar bertindak sebagai pemerhati masih banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding kaedah berpusatkan pelajar mengikut persepsi pelajar. Penggunaan kaedah kuliah yang lebih berpusatkan guru semasa pengajaran dan pembelajaran didapati tidak dapat menarik minat pelajar di dalam kelas. Pelajar didapati kurang berminat untuk membaca dan sukar memahami subjek Perdagangan dan Sains. Oleh itu, satu kaedah yang dapat menarik perhatian pelajar untuk bergiat aktif di dalam kelas perlu dilaksanakan. Kaedah permainan dilihat sebagai satu kaedah yang dapat menarik minat pelajar dan dalam masa yang sama membentuk perkembangan kognitif dan psikomotor.

AKTIVITI 11: TUGASAN 2-ULASAN JURNAL

ULASAN JURNAL 1:

Tajuk: Action Research: A Tool For Improving Teacher Quality And Classroom Practice

Penulis: Katherine A. O’Connor, H.Carol Greene & Patricia J. Anderson.

Kajian ini mengkaji bagaimana mempertingkatkan kualiti guru dan latihan dalam bilik darjah.

Pernyataan Masalah

1. apakah laporan guru sebagai bahagian yang paling sukar di dalam proses kajian tindakan?
2. bagaimana penglibatan dalam kajian tindakan memberi implikasi kepada pengajaran guru samaada masa sekarang mahupun masa depan?

Sampel dan Setting Kajian

Kajian dilakukan di atas 32 guru praktikal di dalam 3 kursus yang berbeza. Kajian dilakukan di universiti tersebut.

Prosedur

Penyelidik menggunakan model dari Mertler dan Charles(2005). Kitaran model tersebut adalah dimulakan dengan:

• merancang
• bertindak
• membangunkan
• refleksi

kajian ini dimulakan dengan sesi pertama dimana pada sesi pertama, pengkaji menaksir lima penyataan berkenaan dengan nilai dari pengalaman kajian tindakan respondent. Antara pernyataannya adalah kajian tindakan adalah bernilai kepada saya sebagai guru di dalam proses P&P. Kedua, kajian tindakan sangat bernilai kepada anak murid saya semasa proses P&P. Ketiga, kajian tindakan ini memberi implikasi yang positif dalam pembelajaran anak murid saya. Keempat, kajian tindakan ini memberi implikasi yang positif dalam pengajaran saya. Kelima, saya melihat diri saya guru sebagai penyelidik.
Sesi kedua merupakan soalan tebuka dimana 3 soalan menanyakan bagaimana kajian tindakan memberi implikasi terhadap karier, pengajaran dan latihan pengajaran.


Pengumpulan dan penganalisan data

Data dianalisis dengan menggunakan teknik kualitatif. Ia menggunakan analisis kandungan dimana ia membahagikan transkrip dalam unit analisis, kemudian membuna kategori, melakukan coding dan terakhir menghitung peratusan maklumat dalam unit-unit setiap kategori.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dari kajian ini menunjukkan bahawa kajian tindakan adalah proses professional efektif yang memberi di dalam pengajaran seharian mahupun masa depan. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa penglibatan di dalam nilai pembelajaran kajian tindakan merupakan alat yang berguna untk pengajaran yang berkesan.

Ulasan Jurnal 2:

Tajuk: Improving Social Skills Through The Use Of Cooperative Learning

Penulis: Lucinda Dollman, B.S., M.S.E.
Catherine Morgan, B.S.
Jennifer Pergler, B.S.
William Russell, B.S.
Jennifer Watts, B.S.E.



Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan atau memperbaiki kemahiran sosial di kalangan pelajar melalui penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif disamping dapat mewujudkan suasanana bilikdarjah yang positif dimana ia memberi kesan kepada pembelajaran yang kondusif.

Pernyataan Masalah:

1. bagaimanakah cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran sosial di sekolah rendah dan menengah?
2. adakah strategi-strategi seperti jigsaw, main- peranan, perbincangan dalam kumpulan dan teknik menggunakan carta mampu untuk meningkatkan kemahiran sosial di kalangan pelajar terutama kemahiran berkomunikasi?


Sample dan setting kajian:

Kajian ini dilakukan terhadap 95 pelajar, 95 ibubapa dan 200 orang guru. Kajian dijalankan di sekolah menengah dan sekolah rendah.


Prosedur:

Pengkaji menggunakan model Kemmis dan Mac Taggart iaitu:

• merancang
• tindakan
• permerhatian
• refleksi


Pengkaji membuat ujian pre & ujian pos. Ujian pre melibatkan pre-study, pre-documentation dan interventions. Begitu juga dengan ujian post iatu ujian post study dan post documentation. Kajian ini dilakukan selama 12 minggu. Kajian dimulakan dengan kajian guru iaitu membuat rancangan pengajaran dan penyediaan alat BBM, kemudian guru mengaplikasikan dalam sesi P&P dan seterusnya pengkaji melihat sejauh mana kesan dan tindak balas pelajar terhadap kaedah yang digunakkan.

Pengumpulan dan penganalisaan data:

Data dianalisis dengan menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji menyoal selidik ibubapa pelajar, pelajar dan juga guru. Pengkaji juga melihat hasil kerja pelajar serta tindak balas pelajar di dalam kelas. Ia juga menggunakan analisis kandungan dimana ia membahagikan transkrip dalam unit analisis, kemudian membuna kategori, melakukan coding dan terakhir menghitung peratusan maklumat dalam unit-unit setiap kategori.


Kesimpulan:

Dapatan kajian menunjukkan kaedah kooperatif mampu untuk meningkatkan kemahiran sosial di kalangan pelajar. Pelajar sentiasa bertanya kepada guru. Pelajar aktif dan menunjukkan semangat berpasukan. Pelajar tidak bosan dan menunjukkan minat dalam pembelajaran. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar.



Ulasan Jurnal 3:


IMPROVEMENT OF OFF-TASK BEHAVIOR OF ELEMENTARY AND HIGH SCHOOL STUDENTS THROUGH THE USE OF COOPERATIVE LEARNING STRATEGIES.
By: Rebecca Pate-Clevenger, Jennifer Dusing, Phyllis Houck & John Zuber.



Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah sikap pelajar di dalam bilik darjah iaitu sikap malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Satu kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah dengan menggunakan pengajaran kooperatif

Pernyataan masalah:

1. bagaimanakah cara untuk mengatasi sikap malas menyiapkan kerja sekolah di kalangan murid?
2. apakah kaedah yang sesuai yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar?


Sample dan setting kajian:

Kajian dilakukan terhadap 92 orang pelajar dalam 3 peringkat kelas iaitu 3,10 dan 11. Kajian dilakukan di sekolah.

Prosedur:

Pengkaji menggunakan model Kemmis dan Mac Taggart iaitu:

• merancang
• tindakan
• permerhatian
• refleksi


Dalam merancang, guru menyediakan rancangan pengajaran dan juga alat bantuan mengajar. Kemudian mereka teknik atau cara yang sesuai utk mengajar. Diikuti mengenal pasti kemahiran sosial yang ingin disampaikan. Seterusnya mengimplikasikan di dalam proses pengajaran.

Pengumpulan dan penganalisaan data:

Data dianalisis dengan menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji menemubual pelajar untuk mengetahu sebab pelajar malas untuk menyiapkan tugasan pelajar. Pengkaji juga melihat hasil kerja pelajar serta tindak balas pelajar di dalam kelas. Ia juga menggunakan analisis kandungan dimana ia membahagikan transkrip dalam unit analisis, kemudian membuna kategori, melakukan coding dan terakhir menghitung peratusan maklumat dalam unit-unit setiap kategori.


Kesimpulan:

Di akhir kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar mula menunjukkan perubahan sikap malah dapat meningkatkan skill komunikasi antara pelajar dan guru. Pelajar juga menunjukkan minat untuk belajar dan berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan dalam kelas.

AKTIVITI 10: TUGASAN 1-MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Thursday, December 3, 2009

AKTIVITI 9: MATLAMAT-OBJEKTIF-PERSOALAN KAJIAN

KAEDAH PERMAINAN DALAM PENGAJARAN SUBJEK PERDAGANGAN DAN SAINS

Matlamat Kajian

Menarik minat dan perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek perdagangan dan sains.

Objektif Kajian

1.Mengubah amalan guru dalam pengajaran perdagangan dan sains secara kuliah kepada kaedah permainan
2.Meneroka dan menilai pengaplikasian kaedah permainan dalam topik pengajaran perdagangan dan sains

Persoalan Kajian

1.Adakah kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar
dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?
2.Adakah kaedah permainan akan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar
untuk menguasai topik pembelajaran berdasarkan objektif dan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru?

AKTIVITI 8: MINI KAJIAN TINDAKAN (CADANGAN)

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

CADANGAN INDIVIDU:
Pada pandangan saya bagi menambahbaik kaedah ini guru perlu memantau setiap pelajarnya supaya semua pelajar terlibat dalam aktiviti pembeljaran yang dijalankan oleh guru. Jika ada pelajar yang tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan yang telah diberikan, guru perlu menegur pelajar tersebut.


CADANGAN KUMPULAN:
Melalui perbincangan dalam kumpulan kami mencadangkan guru untuk membuat modul berkaitan dengan kaedah permainan mengikut topik dalam sukatan mata pelajaran perdagangan dan sains yang boleh diaplikasikan supaya dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam matapelajaran tersebut. Melalui modul yang dibuat guru dapat merujuk kaedah permainan yang sesuai dan diubah mengikut kesesuaian umur, tahap pemikiran dan keupayaan pelajar.

CADANGAN RAKAN-RAKAN LUAR PASUKAN:

Rakan-rakan daripada pasukan luar memberi cadangan bahawa guru perlu mencuba pelbagai kaedah permainan supaya dapat dipelbagaikan dengan topik pengajaran. Ini bagi mengelakkan pelajar bosan dengan permainan yang sama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui kepelbagaian kaedah permainan guru dapat melihat kecenderungan pelajar dalam jenis permainan yang dapat menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman mereka.

AKTIVITI 7: MINI KAJIAN TINDAKAN(KELEMAHAN)

KELEMAHAN KAEDAH PERMAINAN DALAM PROSES PENGAJARAN

Refleksi Individu


Kebanyakan guru yang menggunakan kaedah permainan yang memerlukan perbentukkan kumpulan. Sehubungan dengan itu, ada pelajar yang tidak memberi kerjasama semasa di dalam kumpulan dan pelajar yang aktif dan pintar sahaja yang mendominasi dalam pembelajaran tersebut. Pelajar yang tidak terlibat mungkin kerana dia tidak yakin dengan diri sendiri dan mungkin juga ada perasaan tidak suka dengan ahli kumpulan. Ada juga pelajar yang mengambil kesempatan dengan hanya membiarkan pelajar yang lain sahaja yang melakukan aktiviti tersebut.


Refleksi Kumpulan

Dalam berbincangan bersama ahli kumpulan kelemahan kaedah permainan ini dilihat dari sudut bagaimana guru dapat mengaitkan subjek dengan kaedah permainan yang sesuai. Adalah dikuatiri kaedah ini tidak dapat dikaitkan dan pelajar tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dengan permainan yang dijalankan. Guru perlu adaptasi setiap langkah permainan dengan isi pengajaran.


Refleksi rakan-rakan luar pasukan


Setelah menemubual rakan-rakan lain, mereka berpendapat guru perlu kreatif untuk mengaitkan permainan dengan topik yang hendak diajar supaya pelajar dapat menguasai isi pengajaran. Permainan yang diaplikasikan perlu sesuai dengan tahap umur dan keadaan pelajar (jika berkeperluan khas). Ada sesetengah permainan yang memerlukan tahap pemikiran tinggi untuk menyelesaikan permainan tersebut.