TUGASAN 3 – KOLOKIUM
Tajuk Kajian Tindakan: Meningkatkan Pemahaman Pelajar Dalam Subjek Biologi(Nutrition) Melalui Kaedah Kooperatif Dan Animasi Video
Siti Noor Aini Alias
Pembentang ini ingin mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran secara kooperatif dan penggunaan animasi video untuk menarik minat serta meningkatkan kefahaman pelajar tingkatan empat mengenai Topik ‘Nutrisi’ (Nutrition) dalam subjek Biologi. Pada pandangan saya, kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka sangat sesuai dengan maksud sebenar kajian tindakan kerana hasil daripada kajian yang mereka lakukan telah mencapai tujuan atau objektif kajian tindakan. Antara dapatan kajian yang mereka dapat ialah pelajar dapat memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan mereka, pelajar dapat memberi tumpuan yang penuh dan menarik minat pelajar untuk belajar semasa penggunaan animasi video dan secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar untuk memahami subjek yang dipelajari. Selain itu, pelajar juga dilihat lebih aktif dan menggemari aktiviti yang dijalankan secara kooperatif dan secara visual.
Tajuk Kajian Tindakan: Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud
Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin
Kajian tindakan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Pada pandangan saya, tajuk ini sesuai dengan motif kajian tindakan dimana ia telah dapat menjadikan kelas itu aktif kerana pelajar tertarik dengan penggunaan bahan maujud. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar oleh guru selanjutnya. Selain itu, pelajar lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun. Sememangnya penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.
0 comments:
Post a Comment