RSS

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 6: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

KEKUATAN PENGGUNAAN KAEDAH PERMAINAN DALAM PROSES PENGAJARAN SUBJEK PERDAGANGAN DAN SAINS.

Pengalaman Individu:

Pengalaman saya semasa melakukan khidmat masyarakat disekolah Jalan 6 pada setiap hari rabu, dimana saya masuk ke dalam kelas untuk proses P&P. Apa yang dapat saya lihat, murid lebih menggemari pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Murid berminat untuk belajar dan terlibat dengan aktifnya. Secara tidak langsung, input yang ingin diberi dapat disampaikan dengan baik.

Pengalaman Ahli Kumpulan:

Ahli kumpulan saya telah menggunakan kaedah permainan iaitu blok permainan semasa micro teaching nya. Beliau mengajar topic tentang reka cipta dimana topic ini terdapat dalam silibus kemahiran hidup. Hasil dapatan tersebut menunjukkan kaedah ini sangat berkesan dan memberi implikasi yang positif.

Antara Kekuatan Penggunaan Kaedah Permainan Dalam Pengajaran:

· Ia mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.

· Dapat merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.

· Dapat membantu dalam mengembangkan daya imiginasi pelajar dalam menghasilkan sesuatu perkara atau benda.

· Mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan selesa

· Mewujudkan situasi social yang sihat bg membolehkan murid berinteraksi dgn rakan sebaya

· Mendorong minat murid untuk bekerjasama bagi menjayakan tugas yang diberi.

· Dapat mencungkil cirri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar.

· Menggalakan self-development pada diri pelajar.

· Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan lebih yakin.

· Mengurangkan masalah disiplin atau gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung.

· Membolehkan pelajar memahami nilai-nilai dirinya sendiri.

Berdasarkan kajian yang bertajuk Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih dari Hajah Halimah Harun mendapati antara faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan prestasi yang cemerlang kepada guru pelatih ialah penggunaan kaedah permainan dalam pengajaran. Ia dapat mewujudkan suasana kelas yang aktif disamping dapat mencungkil ciri-ciri usahawan dalam diri pelajar.

AKTIVITI 4: TUGASAN MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk mini kajian tindakan
Kaedah permainan dalam pengajaran subjek perdagangan dan sains

Peserta kajian

Rakan-rakan sekelas yang bertindak sebagai pelajar

Setting Kajian

Di dalam kelas Kaedah Mengajar Mikro dan Makro Perdagangan (Pn. Hajah Halimah) dan kelas Kaedah Mengajar Mikro dan Makro Sains (En. Zolkepeli)

Pemilihan Tajuk
Kumpulan kami memilih tajuk ini kerana penggunaan kaedah biasa dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah syarahan didapati tidak dapat menarik minat pelajar bagi subjek perdagangan dan sains. Sehubungan dengan itu, satu kaedah yang dapat menarik minat perhatian pelajar untuk memahami subjek adalah kaedah yang dekat dengan diri pelajar iaitu kaedah permainan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan subjek perdagangan dan sains.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5: GURU NOVIS

TUGASAN 5 : MENGAPA GURU NOVIS PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

Novis bermaksud baru atau boleh dirujuk kepada orang yang baru bekerja dimana mereka tidak mempunyai pengalaman. Sehubungan dengan itu, guru yang baru tamat kursus perguruannya dipanggil sebagai guru permulaan atau guru novis. Mereka belum mempunyai pengalaman yang mendalam tentang bidang perguruan. Bak kata pepatah “masih hijau” dimana guru novis masih dalam proses mengenali atau mencintai bidang perguruan.


Antara sebab guru novis perlu melakukan kajian tindakan ialah:



1. sebagai penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
2. guru dapat mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. guru dapat menambahbaikan kelemahan-kelemahan yang sedia ada bagi mengatasi masalah atau unsur yang negatif
4. guru novis dapat mengetahui amalan pelajar, cara pembelajaran, sikap pelajar dan suasana bilik darjah
5. guru dapat meningkatkan penggunaan BBM yang lebih afektif dan kreatif
6. dapat merapatkan hubungan antara guru-guru di dalam kajian tindakan koloberatif
7. guru dapat membantu pelajar untuk belajar dengan teknik-teknik atau cara yang berkesan
8. guru dapat memperlihatkan perkembangan seorang guru dan pelajar ke arah yang positif
9. guru mendapat pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengkhususan masing-masing.
10. guru dapat bertingkah laku professional, beriltizam dan patuh kepada keperluan etika dan membuat refleksi kendiri terhadap prestasi pengajaran
11. guru dapat bergiat aktif dalam meningkatkan profesionalisme keguruan seperti mengamalkan pembelajaran seumur hidup, membuat penyelidikan pendidikan, melakukan reformasi pendidikan dan penglibatan diri dalam membuat keputusan.

AKTIVITI 3: TUGASAN 3

TUGASAN 3 – KOLOKIUM


Tajuk Kajian Tindakan: Meningkatkan Pemahaman Pelajar Dalam Subjek Biologi(Nutrition) Melalui Kaedah Kooperatif Dan Animasi Video


Nama Pembentang: Hamizah Liyana Anwar

Siti Noor Aini Alias

Pembentang ini ingin mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran secara kooperatif dan penggunaan animasi video untuk menarik minat serta meningkatkan kefahaman pelajar tingkatan empat mengenai Topik ‘Nutrisi’ (Nutrition) dalam subjek Biologi. Pada pandangan saya, kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka sangat sesuai dengan maksud sebenar kajian tindakan kerana hasil daripada kajian yang mereka lakukan telah mencapai tujuan atau objektif kajian tindakan. Antara dapatan kajian yang mereka dapat ialah pelajar dapat memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan mereka, pelajar dapat memberi tumpuan yang penuh dan menarik minat pelajar untuk belajar semasa penggunaan animasi video dan secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar untuk memahami subjek yang dipelajari. Selain itu, pelajar juga dilihat lebih aktif dan menggemari aktiviti yang dijalankan secara kooperatif dan secara visual.


Tajuk Kajian Tindakan: Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud


Nama Pembentang: Mohd Hafiz Bin Hassan

Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin

Kajian tindakan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Pada pandangan saya, tajuk ini sesuai dengan motif kajian tindakan dimana ia telah dapat menjadikan kelas itu aktif kerana pelajar tertarik dengan penggunaan bahan maujud. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar oleh guru selanjutnya. Selain itu, pelajar lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun. Sememangnya penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2: JURNAL

JURNAL 1
IMPROVEMENT OF OFF-TASK BEHAVIOR OF ELEMENTARY AND HIGH SCHOOL STUDENTS THROUGH THE USE OF COOPERATIVE LEARNING STRATEGIES.
By: Rebecca Pate-Clevenger, Jennifer Dusing, Phyllis Houck & John Zuber.

Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah sikap pelajar di dalam bilik darjah iaitu sikap malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Satu kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah dengan menggunakan pengajaran kooperatif. Di akhir kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar mula menunjukkan perubahan sikap malah dapat meningkatkan skill komunikasi antara pelajar dan guru.

JURNAL 2
Levels Of Reflection In Action Research. An Overview And An Assessment Tool
By:Mervat Abou Baker El-Dib

Dalam jurnal ini pengkaji ingin mengenalpasti tahap pemikiran reflektif bakal guru yang dipamerkan dalam kajian tindakan yang dilakukan semasa menjalani latihan mengajar serta mengetahui tahap pemikiran reflektif bakal guru terhadap situasi yang berlaku. Bagi mengukur tahap pemikiran reflektif tersebut pengkaji menggunakan pendekatan perbincangan jurnal di dalam kuliah sebelum bakal guru membuat latihan mengajar. Seterusnya pengkaji membuat analisis melalui pemerhatian semasa membuat pemantauan pelajar di tempat latihan mengajar.

JURNAL 3
An Action Research Exploration Integrating Student Choise and Arts Activities in aSixth Grade Social Studies Classroom: By Courtney Kosky, West Virginia University and Reagan Curtis, west Virginia University

Kami melaporkan terhadap kajian tindakan menjamin untuk mencari bagaimana mengintegrasikan Seni dalam pendidikan sosial boleh meningkatkan penglibatan dan motivasi dan impak pencapaian pelajar melalui motivasi dan penglibatan yang meningkat. Rancangan pengajaran awal menekankan kebijaksanaan semasa mengintegrasikan aktiviti kesenian dan diubahsuai berdasarkan nota refleksi guru dan maklumbalas. Kami mendapati memberi pelajar contoh dalamapakah aktiviti yang memberikan impak yang paling berkesan dalam motivasi dan penglibatan mereka. Ramai pelajar pengajian sosial memberi respon dalam integrasikan aktiviti kesenian dan pilihan

AKTIVITI 1:TUGASAN 1 BUKU

Check out this SlideShare Presentation:

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

ACTION RESEARCH IN TEACHING & LEARNING BY LIN S.NORTON

  • Di dalam kajian tindakan pedagogi memerlukan masa, komitmen dan bahan di dalam melaksanakan kajian dengan berkesan.
  • Mengikut penulis ini, kajian atau satu inkuiri yang sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan gabungan beberapa matlamat untuk memperbaiki latihan dan menyumbangkan teori pengetahuan untuk menjadikan pengajaran berkesan.
  • Kajian tindakan adalah membuat refleksi ke atas kaedah pengajaran
  • Kajian adalah satu kajian yang berbentuk renungan kendiri yang bertujuan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam pendidikan dan juga konteks sosial.

TEACHER RESEARCH FROM DESIGN TO IMPLEMENTATION BY COLIN

LANKSHEAR

  • Kajian tindakan adalah inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh guru dalam situasi pengajarannya sebagai penyelidik melalui tindakan praktik yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan amalan sedia ada, di samping meningkatkan kefahaman tentang amalan tersebut.

CURRICULUM ACTION RESEARCH BY JAMES McKERNAN

  • Kajian tindakan merupakan satu usaha untuk menjadikan permasalahan sosial mampu difahami untuk meningkatkan kualiti hidup dalam setting sosial.
  • Kajian tindakan telah digunakan dalam industri, pendidikan dan setting tingkah laku komuniti.
  • Untuk selesaikan masalah yang dihadapi setiap hari yang dilalui.

TUGASAN 2

ULASAN JURNAL:

Tajuk: Action Research: A Tool For Improving Teacher Quality And Classroom Practice

Penulis: Katherine A. O’Connor, H.Carol Greene & Patricia J. Anderson.

Kajian ini mengkaji bagaimana mempertingkatkan kualiti guru dan latihan dalam bilik darjah.

Pernyataan Masalah

1. apakah laporan guru sebagai bahagian yang paling sukar di dalam proses kajian tindakan?
2. bagaimana penglibatan dalam kajian tindakan memberi implikasi kepada pengajaran guru samaada masa sekarang mahupun masa depan?

Sampel dan Setting Kajian

Kajian dilakukan di atas 32 guru praktikal di dalam 3 kursus yang berbeza. Kajian dilakukan di universiti tersebut.

Prosedur

Penyelidik menggunakan model dari Mertler dan Charles(2005). Kitaran model tersebut adalah dimulakan dengan:

• merancang
• bertindak
• membangunkan
• refleksi

kajian ini dimulakan dengan sesi pertama dimana pada sesi pertama, pengkaji menaksir lima penyataan berkenaan dengan nilai dari pengalaman kajian tindakan respondent. Antara pernyataannya adalah kajian tindakan adalah bernilai kepada saya sebagai guru di dalam proses P&P. Kedua, kajian tindakan sangat bernilai kepada anak murid saya semasa proses P&P. Ketiga, kajian tindakan ini memberi implikasi yang positif dalam pembelajaran anak murid saya. Keempat, kajian tindakan ini memberi implikasi yang positif dalam pengajaran saya. Kelima, saya melihat diri saya guru sebagai penyelidik.
Sesi kedua merupakan soalan tebuka dimana 3 soalan menanyakan bagaimana kajian tindakan memberi implikasi terhadap karier, pengajaran dan latihan pengajaran.


Pengumpulan dan penganalisan data

Data dianalisis dengan menggunakan teknik kualitatif. Ia menggunakan analisis kandungan dimana ia membahagikan transkrip dalam unit analisis, kemudian membuna kategori, melakukan coding dan terakhir menghitung peratusan maklumat dalam unit-unit setiap kategori.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dari kajian ini menunjukkan bahawa kajian tindakan adalah proses professional efektif yang memberi di dalam pengajaran seharian mahupun masa depan. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa penglibatan di dalam nilai pembelajaran kajian tindakan merupakan alat yang berguna untk pengajaran yang berkesan.

TUGASAN KELAS







MODEL KAJIAN TINDAKAN


Gambar di atas adalah antara conto model-model kajian tindakan. gambar yang pertama adalah model Kurt Lewin, diikuti Coghlan dan Brannick, Elliott, Ebutt dan Kemmis. Di dalam mengkaji keberkesanan pengajaran dan inin melakukan penambahbaikan, penggunaan model kajian tindakan adalah sangat penting. Dengan penggunaan model kajian tindakan, ia banyak membantu untuk melicinkan lagi perjalanan kajian tersebut. Dengan adanya model kajian tindakan dapat mengenal pasti masalah-masallah yang telah dikenalpasti dan mencari penyelesaian ke atas permasalahan tersebut. Ia juga dapat membantu dalam mengelakkan kesukaran dalam proses kajian tindakan. Selain itu juga ia dapat membantu guru untuk melakukan kajian tindakan secara sistematik..













Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLIKIUM SENIOR DPLI JAN 2009

Pada 26 dan 27 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Isnin dan selasa, saya bersama para sahabat guru yang lain telah menghadiri kolikium senior DPLI ambila Jan 2009 di Hotel Palm Garden IOI Resort Putrajaya. Di sini saya ingin mengkongsikan apa yang dapat saya catatkan dari perbentangan pelajar Dpli Jan 2009

PEMBENTANG PERTAMA

Tajuk Kajian Tindakan

Meningkatkan Prestasi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis Menguasai Topic Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Sains Dan Biologi Melalui Teknik Peta Minda.

Nama Pembentang:

1. Ainul Yaqin binti Abdullah ( P 48572)
2. Nur Faizah binti Azizan (P 48653)
3. Nurul Huda binti Mahmud Taridi (P 48645)

Pernyataan Masalah:

• Adakah teknik peta minda dapat meningkatkan tahap memori pelajar?
• Adakah teknik peta minda memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu topic?

Metodologi:

Kedua pengkaji ini telah mengikuti proses utama dalam kajian tindakan iaitu perancangan, perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi kajian.

Sampel Kajian:

Pelajar tingkatan 4 Sek Men Keb Sungai Manggis dalam subjek:

• Pendidikan Islam – 20 pelajar
• Sains – 20 pelajar
• Biologi – 20 pelajar


Pengumpulan Data:

Pengumpulan data dalam kumpulan ini menggunakan 3 kaedah iaitu pemerhatian, temubual tidak berstruktur dan ujian formatif.

Penganalisaan Data:

Penganalisaan data menggunakan kaedah yang sama dalam pengumpulan data.

Implikasi Kajian:

Pada pandangan saya, implikasi kajian ini menunjukkan impak yang positif dimana prestasi pelajar meningkat berbanding sebelumnya. Pelajar juga menunjukkan minat dan memberi pemerhatia semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini banyak membantu pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran Cuma perlu dipelbagaikan lagi cara penggunaan kaedah ini.

Pengajaran Yang Didapati Daripada Kajian.

Menerusi kajian ini saya telah mendapat beberapa pengajaran iaitu :

• Dapat memberikan gambaran jelas tentang bagaimana untuk menjalankan kajian tindakan dengan baik.
• Memberikan saya idea berkenaan kaedah peta minda mampu untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
• Dapat memberikan pendedahan awal bahawa guru perlu membuat persediaan yang mantap untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan.


Pembentang Kedua:

Tajuk Kajian Tindakan:

Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud

Nama Pembentang:

• Mohd Hafiz Bin Hassan P48678
• Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin P48669

Penyataan Masalah:

• Apakah tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?
• Apakah kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?
• Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?


Metodologi :

Dalam kajian ini, kedua pengkaji ini telah menggunakan empat proses utama iaitu:

• Perancangan
• Tindakan
• Pemerhatian
• Refleksi

Sampel kajian:

Terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.

Pengumpulan Data:

Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian.

Penganalisaan Data:

Sama seperti yang dilakukan di dalam pengumpulan data.

Implikasi Kajian:

Menerusi kajian ini apa yang dapat dilihat ialah:

• Kelas menjadi aktif kerana pelajar tertarik dengan penggunaan bahan maujud
• Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar oleh guru selanjutnya.
• Pelajar lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun
• Penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.

Pengajaran Yang Di Dapati Dari Kajian:

Terdapat beberapa pengajaran yang saya dapat menerusi kajian ini. Antaranya:

• Dapat memberikan saya kesedaran bahawa dengan penggunaan bahan maujud dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan pelajar sangat teruja.
• Saya juga menyedari bahawa guru perlu sentiasa berfikiran kreatif dan kritis di dalam usaha untuk menarik minat pelajar dan menjadikan kelas itu aktif.
• Memberikan saya pendedahan awal berkenaan cara untuk mengawal kelas.