Friday, December 4, 2009
Thursday, December 3, 2009
AKTIVITI 9: MATLAMAT-OBJEKTIF-PERSOALAN KAJIAN
Matlamat Kajian
Menarik minat dan perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek perdagangan dan sains.
Objektif Kajian
1.Mengubah amalan guru dalam pengajaran perdagangan dan sains secara kuliah kepada kaedah permainan
2.Meneroka dan menilai pengaplikasian kaedah permainan dalam topik pengajaran perdagangan dan sains
Persoalan Kajian
1.Adakah kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar
dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?
2.Adakah kaedah permainan akan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar
untuk menguasai topik pembelajaran berdasarkan objektif dan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru?
AKTIVITI 8: MINI KAJIAN TINDAKAN (CADANGAN)
Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:
CADANGAN INDIVIDU:
Pada pandangan saya bagi menambahbaik kaedah ini guru perlu memantau setiap pelajarnya supaya semua pelajar terlibat dalam aktiviti pembeljaran yang dijalankan oleh guru. Jika ada pelajar yang tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan yang telah diberikan, guru perlu menegur pelajar tersebut.
CADANGAN KUMPULAN:
Melalui perbincangan dalam kumpulan kami mencadangkan guru untuk membuat modul berkaitan dengan kaedah permainan mengikut topik dalam sukatan mata pelajaran perdagangan dan sains yang boleh diaplikasikan supaya dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam matapelajaran tersebut. Melalui modul yang dibuat guru dapat merujuk kaedah permainan yang sesuai dan diubah mengikut kesesuaian umur, tahap pemikiran dan keupayaan pelajar.
CADANGAN RAKAN-RAKAN LUAR PASUKAN:
Rakan-rakan daripada pasukan luar memberi cadangan bahawa guru perlu mencuba pelbagai kaedah permainan supaya dapat dipelbagaikan dengan topik pengajaran. Ini bagi mengelakkan pelajar bosan dengan permainan yang sama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui kepelbagaian kaedah permainan guru dapat melihat kecenderungan pelajar dalam jenis permainan yang dapat menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman mereka.
AKTIVITI 7: MINI KAJIAN TINDAKAN(KELEMAHAN)
Refleksi Individu
Kebanyakan guru yang menggunakan kaedah permainan yang memerlukan perbentukkan kumpulan. Sehubungan dengan itu, ada pelajar yang tidak memberi kerjasama semasa di dalam kumpulan dan pelajar yang aktif dan pintar sahaja yang mendominasi dalam pembelajaran tersebut. Pelajar yang tidak terlibat mungkin kerana dia tidak yakin dengan diri sendiri dan mungkin juga ada perasaan tidak suka dengan ahli kumpulan. Ada juga pelajar yang mengambil kesempatan dengan hanya membiarkan pelajar yang lain sahaja yang melakukan aktiviti tersebut.
Refleksi Kumpulan
Dalam berbincangan bersama ahli kumpulan kelemahan kaedah permainan ini dilihat dari sudut bagaimana guru dapat mengaitkan subjek dengan kaedah permainan yang sesuai. Adalah dikuatiri kaedah ini tidak dapat dikaitkan dan pelajar tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dengan permainan yang dijalankan. Guru perlu adaptasi setiap langkah permainan dengan isi pengajaran.
Refleksi rakan-rakan luar pasukan
Setelah menemubual rakan-rakan lain, mereka berpendapat guru perlu kreatif untuk mengaitkan permainan dengan topik yang hendak diajar supaya pelajar dapat menguasai isi pengajaran. Permainan yang diaplikasikan perlu sesuai dengan tahap umur dan keadaan pelajar (jika berkeperluan khas). Ada sesetengah permainan yang memerlukan tahap pemikiran tinggi untuk menyelesaikan permainan tersebut.
Saturday, November 21, 2009
AKTIVITI 6: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN
Pengalaman Individu:
Pengalaman saya semasa melakukan khidmat masyarakat disekolah Jalan 6 pada setiap hari rabu, dimana saya masuk ke dalam kelas untuk proses P&P. Apa yang dapat saya lihat, murid lebih menggemari pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Murid berminat untuk belajar dan terlibat dengan aktifnya. Secara tidak langsung, input yang ingin diberi dapat disampaikan dengan baik.
Pengalaman Ahli Kumpulan:
Ahli kumpulan saya telah menggunakan kaedah permainan iaitu blok permainan semasa micro teaching nya. Beliau mengajar topic tentang reka cipta dimana topic ini terdapat dalam silibus kemahiran hidup. Hasil dapatan tersebut menunjukkan kaedah ini sangat berkesan dan memberi implikasi yang positif.
Antara Kekuatan Penggunaan Kaedah Permainan Dalam Pengajaran:
· Ia mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.
· Dapat merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.
· Dapat membantu dalam mengembangkan daya imiginasi pelajar dalam menghasilkan sesuatu perkara atau benda.
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan selesa
· Mewujudkan situasi social yang sihat bg membolehkan murid berinteraksi dgn rakan sebaya
· Mendorong minat murid untuk bekerjasama bagi menjayakan tugas yang diberi.
· Dapat mencungkil cirri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar.
· Menggalakan self-development pada diri pelajar.
· Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan lebih yakin.
· Mengurangkan masalah disiplin atau gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung.
· Membolehkan pelajar memahami nilai-nilai dirinya sendiri.
Berdasarkan kajian yang bertajuk Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih dari Hajah Halimah Harun mendapati antara faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan prestasi yang cemerlang kepada guru pelatih ialah penggunaan kaedah permainan dalam pengajaran. Ia dapat mewujudkan suasana kelas yang aktif disamping dapat mencungkil ciri-ciri usahawan dalam diri pelajar.
AKTIVITI 4: TUGASAN MINI KAJIAN TINDAKAN
Kaedah permainan dalam pengajaran subjek perdagangan dan sains
Peserta kajian
Rakan-rakan sekelas yang bertindak sebagai pelajar
Setting Kajian
Di dalam kelas Kaedah Mengajar Mikro dan Makro Perdagangan (Pn. Hajah Halimah) dan kelas Kaedah Mengajar Mikro dan Makro Sains (En. Zolkepeli)
Pemilihan Tajuk
Kumpulan kami memilih tajuk ini kerana penggunaan kaedah biasa dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah syarahan didapati tidak dapat menarik minat pelajar bagi subjek perdagangan dan sains. Sehubungan dengan itu, satu kaedah yang dapat menarik minat perhatian pelajar untuk memahami subjek adalah kaedah yang dekat dengan diri pelajar iaitu kaedah permainan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan subjek perdagangan dan sains.
Friday, November 13, 2009
AKTIVITI 5: GURU NOVIS
Novis bermaksud baru atau boleh dirujuk kepada orang yang baru bekerja dimana mereka tidak mempunyai pengalaman. Sehubungan dengan itu, guru yang baru tamat kursus perguruannya dipanggil sebagai guru permulaan atau guru novis. Mereka belum mempunyai pengalaman yang mendalam tentang bidang perguruan. Bak kata pepatah “masih hijau” dimana guru novis masih dalam proses mengenali atau mencintai bidang perguruan.
Antara sebab guru novis perlu melakukan kajian tindakan ialah:
1. sebagai penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
2. guru dapat mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. guru dapat menambahbaikan kelemahan-kelemahan yang sedia ada bagi mengatasi masalah atau unsur yang negatif
4. guru novis dapat mengetahui amalan pelajar, cara pembelajaran, sikap pelajar dan suasana bilik darjah
5. guru dapat meningkatkan penggunaan BBM yang lebih afektif dan kreatif
6. dapat merapatkan hubungan antara guru-guru di dalam kajian tindakan koloberatif
7. guru dapat membantu pelajar untuk belajar dengan teknik-teknik atau cara yang berkesan
8. guru dapat memperlihatkan perkembangan seorang guru dan pelajar ke arah yang positif
9. guru mendapat pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengkhususan masing-masing.
10. guru dapat bertingkah laku professional, beriltizam dan patuh kepada keperluan etika dan membuat refleksi kendiri terhadap prestasi pengajaran
11. guru dapat bergiat aktif dalam meningkatkan profesionalisme keguruan seperti mengamalkan pembelajaran seumur hidup, membuat penyelidikan pendidikan, melakukan reformasi pendidikan dan penglibatan diri dalam membuat keputusan.

